Friday, February 5, 2016
Memperbanyak shalawat atas Nabi SAW
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dalam As-Safinah Al-Qadiriyyah menyebutkan bahawa Imam Al-Qasthalani pernah mengatakan,
.
“Ketahuilah, tidak mungkin mampu mencontoh perbuatan dan akhlak Nabi Saw kecuali dengan usaha keras, tidak mungkin mahu berusaha dengan keras kecuali sangat cinta kepada Nabi Saw, dan tidak mungkin cinta mati kepada Nabi Saw kecuali dengan cara memperbanyak bacaan selawat. Sebab, barang siapa yang suka pada sesuatu, maka dia akan banyak menyebut-nyebutnya.
.
Kerana itu, bagi seorang salik mesti memulai jalan kerohaniannya dengan memperbanyak bacaan selawat atas Nabi Muhammad saw.
Mengingat bacaan selawat menyimpan keajaiban-keajaiban luar biasa dalam rangka pembersihan jiwa dan penerangan batin, di samping masih banyak lagi rahsia-rahsia dan faedah-faedah yang tidak mungkin dihitung oleh angka dan bilangan.
.
Seorang si salik perlu memiliki hati ikhlas semata-mata mengharap redha Allah ketika membaca selawat atas Nabi Saw, sehingga dia mampu memetik buah selawat dan barakah-nya yang bertebaran.
Selawat di sepanjang perjalanan mencari Tuhan bagaikan lampu penerang yang dapat menjadi hidayah yang amat diperlukan. Barangsiapa yang menghiasi hatinya dengan lampu selawat, maka dia akan mampu melihat segala hakikat tauhid berkat cahaya terang selawat tersebut." .
---Syekh Abdul Qadir al-Jailani dalam As-Safinah Al-Qadiriyyah--
.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Allahuma solli wasalim ala sayyidina muhammad waala ali sayyidina muhammad......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment