Saturday, February 20, 2016
Jangan menilai orang lain dhohirnya saja
JANGAN MENILAI SESEORANG ITU DARI SUDUT ZAHIRNYA SAHAJA. MUNGKIN KITA NAMPAK SESEORANG ITU AHLI MAKSIAT, PENDOSA KITA DAN SEBAGAINYA TAPI SIAPA KITA NAK MENILAI BAIK DAN BURUK SESEORANG ITU KERANA SIAPA TAHU ORANG YANG KITA NAMPAK DIA
JAHAT, DIA BERMAKSIAT DAN MELAKUKAN DOSA SEKARANG MUNGKIN SUATU HARI AKAN
BERUBAH MENJADI ORANG YANG PALING
DICINTAI OLEH ALLAH TA'ALA YANG PATUT KITA KENA SELALU RISAUKAN ADALAH DIRI KITA INI, HATI KITA INI.
JANGAN RASA DIRI KITA INI DAH BAIK, DAH SOLEH DAH
DAH SELAMAT DAH. APATAH LAGI SAMPAI ADA TERDETIK DI DALAM HATI "AKU INI LAGI BAGUS DARI SI FULAN ITU" DAN MERENDAH-RENDAH
KAN DAN MEMANDANG HINA TERHADAP ORANG
LAIN YANG WALAUPUN KITA MEMANG SEKARANG
ALHAMDULLILAH BUAT TAAT, TAK MELAKUKAN
MAKSIAT TAPI ADA SUATU PERKARA YANG PERLU YANG SENTIASA, SENTIASA DAN SENTIASA KITA KENA SELALU CHECK DAN PASTIKAN IANYA DALAM KEADAAN BAIK, TIDAK ADA PROBLEM DAN TIDAK BERPENYAKIT IAITU
HATI KITA INI ZAHIR ITU TEMPAT PANDANGANNYA MAKHLUK SEDANGKAN HATI ITU ADALAH TEMPAT
PANDANGANNYA ALLAH TA'ALA.
SELALULAH KITA MENJAGA HATI KITA.
BERSIHKAN HATI KITA INI DENGAN KITA
MENGHADIRI MAJLIS ILMU DAN MENDEKATKAN
DIRI DENGAN PARA ULAMA.
Suatu hari di zaman Nabi ﷺ ada seorang pemuda yang mana orang lain melihat orang ini adalah seorang yang istiqomah atau nampak dari zahirnya adalah seorang yang ahli ibadah sehingga digambarkan janggutnya tak pernah kering dari air sembahyang yakni sentiasa berada dalam keadaan wudhuk. Banyak dalam ibadah sentiasa berwudhuk dan sentiasa solat.
Kata Nabi ﷺ " Yang mana satu orang itu?" Tak lama kemudian orang itu pun masuk. Lalu kata Para Sahabat "Ini yang kami ceritakan pada engkau wahai Ya Rasulullah".
Kata Baginda Rasulullah ﷺ "Saya nampak kesan
tamparan syaitan pada muka orang ini."
Orang yang dinampak oleh orang lain dipuji
ibadahnya nampak secara fizikal tetapi masalah kepada apa yang di dalam ibadahnya kerana
rohnya yang tidak wujud.
Sampainya orang itu kepada Nabi. Lalu Nabi bertanya "Adakah kamu bercakap ketika kamu masuk ke dalam masjid atau majlis tadi yang kamu berkata dalam diri kamu yang kamu adalah orang yang paling baik daripada semua yang
berada di dalam majlis ini?" Lalu dia berkata
"Ya".
Maka berasa di dalam hatinya ini bahawasanya dirinya ini adalah yang paling baik dan berasa tersanjung dengan ibadah yang dibuat.
Nabi kata "Aku nampak kesan tamparan Syaitan pada muka kamu."
Apa maksud kesan tamparan syaitan?" Nabi mengingatkan kepada peristiwa asal yang berlaku pada syaitan yang bangga dengan ibadahnya.
Ketika disuruh sujud. Syaitan memberitahu "Saya lebih baik dari Adam." Melihat diri lebih baik daripada orang lain adalah kesan negatif yang tak
sepatutnya wujud kepada orang yang beribadah kepada Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ .
Apa yang berlaku kepada orang ini setelah ditegur oleh Nabi Muhammad ﷺ ? Dia bangun dari majlis
Nabi dengan tidak menginsafi setelah ditegur oleh Baginda Rasulullah sepertimana syaitan
yang tidak menginsafi setelah ditegur oleh Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ .
# MutiaraKata [AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN ABU BAKAR AL-HAMID HAFIDZOHULLAH]
SELALULAH KITA MENCELA DIRI KITA INI AGAR KITA TIDAK MERASAKAN DIRI KITA INI ADALAH
ORANG YANG LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN MUNGKIN KITA SELALU NAMPAK ORANG LAIN BUAT SALAH BUAT MAKSIAT DAN SEBAGAINYA
TAPI SEBAIKNYA KITA MENDOAKAN KEPADA
MEREKA BUKANNYA MEMANDANG RENDAH KEPADA MEREKA.
KITA DOAKAN SUPAYA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA DAN KESALAHAN MEREKA DAN JUGA DIRI KITA INI SERTA KITA DOAKAN JUGA SEMOGA ALLAH TA'ALA MEMBERIKAN HIDAYAH KEPADA DIRI MEREKA DAN JUGA KEPADA DIRI KITA
SELALULAH KITA MENANGIS MENGINGATI
SEGALA DOSA-DOSA DAN KEMAKSIATAN YANG PERNAH KITA KERJAKAN DAHULU WALAUPUN KITA DAH BERTAUBAT TIDAK MELAKUKANNYA
LAGI TAPI SELALULAH KITA SENTIASA
MENGINGATI SEGALA KELEMAHAN, KEKURANGAN, KEMAKSIATAN DAN KESALAHAN KITA KEPADA ALLAH TA'ALA SUPAYA KITA TIDAK ADA MASA NAK SIBUK MELIHAT KELEMAHAN DAN KEAIBAN ORANG LAIN TETAPI LIHATLAH KELEMAHAN DAN
KEAIBAN DIRI KITA SENDIRI
JAGALAH HATI KITA INI BAIK-BAIK. DI DALAM KITA BERIBADAH, BERAMAL SOLEH JANGAN
SESEKALI KITA LUPA UNTUK TERUS ISTIQOMAH MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU DAN DUDUK BERSAMA PARA AULIYA ALLAH, PARA ULAMA DAN ORANG-ORANG SOLEH DIKERANAKAN
DUDUKNYA KITA BERSAMA DENGAN MEREKA PASTI AKAN DAPAT MEMBERSIHKAN HATI KITA INI SELALULAH KITA SENTIASA MEMPERBETULKAN
NIAT-NIAT KITA TATKALA KITA MENGHADIRI
MAJLIS ILMU DAN MELAKUKAN AMAL KEBAIKAN SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG
SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA
ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN
SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-
MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment