Thursday, February 4, 2016
HAKIKAT SYAHADAT
Adapun kalimah sahadat itu adalah:
- ﺍﺷﻬﺪﺍﻥ ﻻﺍﻟﻪ ﺍﻻﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﺷﻬﺪﺍﻥ ﻣﺤﻤﺪﺍﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ
dan sesungguhnya ﺍﺷﻬﺪﺍﻥ ﻻﺍﻟﻪ ﺍﻻﺍﻟﻠﻪ adalah dinamakan sahadat tauhid dan..
ﻭﺍﺷﻬﺪﺍﻥ ﻣﺤﻤﺪﺍﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ
adalah pula sahadat rasul.
Sebab kalimah..LAA ILLAHA ILLALLAH
.. dinamakan sahadat tauhid adalah didalam kalimah tersebut kita bersaksi dgan penuh rasa bahwa tiada yg lain hanya Allah semata2 tiada bersekutu baginya dalam segala2
hal dan tiada sesuatu pun yg bercampur aduk denganya kecuali DIA sendiri,
oleh itu kita bersaksi dengan diri kita sendiri tiada yg nyata pada kita hanya Allah semata2,kita nafi tubuh kita dan kita isbatkannya kepada Allah semata2 (diri batin kita) Adapun kalimah ﻭﺍﺷﻬﺪﺍﻥ ﻣﺤﻤﺪﺍﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ itu dinamakan sahadat rasul,sebab pda kalimah ini kita melafazkan bersaksi bahwa yg menyampaikan dan menanggung diri rahsia Allah adalah Muhammad iaitu diri zahir kita,dan dgan melafazkan kalimah tersebut maka berikrar dan bersaksilah kita dengan diri kita sendiri bahwa diri zahir kita tetap akan menanggung rahsia Allah dan akan menjaganya buat selama2nya.
Adapun hakikat ketuhanan itu adalah diri batin kita (ruhani), dan hakikat kerasulan itu adalah diri zahir kita (jasmani) Diri batin adalah sebenar2 diri yg menyatakan rahsia tuhan dan untuk menyatakan diri rahsia Allah tersebut adalah diri zahir kita...jadi diri zahir kitalah yg menyatakan rahsia ketuhanan Allah Ta'ala,oleh yang demikian diri zahir kita digelar HAKIKAT RASUL.
APABILA KITA MELAFADZKAN:- ﻻ ﺍﻟﻪ ﺍﻻ ﺍﻟﻠﻪ TIADA NYATA HANYA ALLAH MAKNANYA:
tiada nyata hanya Allah....
dari sini jelaslah kalimah LAA ILLAHA ILLALLAH itu sudah terang diri batin kita,bila saja kita melafazkan kalimah tersebut dengan jelas kita memperakui dengan sesungguhnya bahawasanya tiada nyata hanya DIAlah Allah yang dikandung oleh
tubuh zahir kita.
ADAPUN KALIMAH: MUHAMMADRASUL ALLAH pula menyatakan diri kasar kita kerana hakikat bentuk manusia itu berhakikat dengan huruf M U H A M M AD ,
justru itu menakala kita melafazkan kalimah.
ﺍﺷﻬﺪﺍﻥ ﻻﺍﻟﻪ ﺍﻻﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﺷﻬﺪﺍﻥ ﻣﺤﻤﺪﺍﺭﺳﻮﻝ
ﺍﻟﻠﻪ
Maka kalimah yg telah dilafazkan itu adalah meliputi
pada menyatakan diri batin dan diri zahir kita (ruhani dan jasmani) iaitu kita menyaksikan bahwa yg dikandung oleh diri kasar ini adalah diri rahsia Allah Taala dan diri kasar inilah merupakan sarung,
seperti firman Allah yang bermakna :MANUSIA ITU ADALAH
RAHASIAKU DAN AKULAH RAHSIANYA"
Allah Taala telah mengurniakan manusia
untuk memegang dan bertangungjawab terhadap rahsia yg ditanggung oleh manusia itulah Allah memberi satu penghormatan besar terhadap kejadian manusia...
seperti firman-Nya.... ﻟﻘﺪﺧﻠﻘﻨﺎ ﺍﻻﻧﺴﺎﻥ ﻓﻲ ﺍﺣﺴﻦ ﺗﻘﻮﻳﻢ
sesungguhnya Aku kurniakan akan manusia itu satu kejadian yang sebaik2nya.
Kejadian manusia adalah satu2 kejadian yg paling rapi,elok tersusun pada zahir dan batin,duduknya kemuliaan manusia adalah kerana manusia sahajalah kejadian Allah yg sanggup memegang
rahsianya,sedangkan sebelumnya Allah sendiri pernah menawarkan rahsia ini kepada langit,bulan,bukit untuk menanggungnya tetapi semuanya makhluk kejadian tersebut tidak mempunyai kesanggupan untuk menanggungnya:-
seperti firman Allah yang bermaksud:" sesungguhnya rahsia aku ini pernah aku taruhkan kepada
langit,bumi,gunung2 tetapi mereka enggan menerimanya krena takut
mengabaikannya,tetapi yang sanggup menerima adalah manusia".
Dari itu apabila kita mengucap akan kalimah
ﺍﺷﻬﺪﺍﻥ ﻻﺍﻟﻪ ﺍﻻﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﺷﻬﺪﺍﻥ ﻣﺤﻤﺪﺍﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ
maka bererti kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yg nyata pada diri kita hanya Allah semata2 dan tubuh zahir kita ini adalah tukang penyata rahasia Allah semata2.
Adapun solat itu adalah berdiri menyaksikan diri kita
sendiri,kita menyaksikan bahawa diri kitalah yang membawa dan menanggung rahsia Allah Taala dan tiada sesuatu pada diri kita hanya rahsia Allah semata2,tiada satu jua pun yang kita punya kecuali hak Allah semata2,
jika diibaratkan kita ini hanya sebagai sebuah kotak radio yang hidup dengan mengharapkan siaran dari stastion besar semata2,dan perlu di ingat bahawa berfungsinya radio tersebut kerana dapat menerima gelombang siaran dari station besar,yang demikian jika habislah siaran atau rosaknya penerimaan siaran maka sudah tentu kotak radio tersebut akan dibuang menjadi sampah,maka begitulah
kita.
Kita akan berguna di sisi Allah jika kita dapat menanggung amanah rahsia itu serta dapat berfungsi dan bertindak mengenal diri kita sendiri,kerana apabila kita berjaya dapat mengenal diri kita,maka dengan itulah pula kita dapat mengenal diri Allah itu sendiri..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment