Friday, February 5, 2016

Tanya jawab : Bolehkah wanita menghantar jenazah ke kubur?


■Soalan:
Bolehkah wanita menghantar jenazah ke
kubur?

🌿Nota: Rakaman ini dibuat di kelas Dhuha
Muslimat bersama Habib Ali Zaenal Abidin
Bin Abu Bakar Al-Hamid di Masjid Darul
Ehsan, Tmn Tun Abdul Razak, Ampang. Habib
membahaskan tafsir ayat surah Al-Baqarah
ayat 234-237. Ayat 234 ada kaitan dgn soalan
yg ditanyakan, dan disebabkan byk berlaku
kesilapan dlm hal ini akhir zaman ini.

■Jawapan:
TIDAK BOLEH, !!
khususnya bagi isteri yg suaminya yg
meninggal, kerana iddahnya telah bermula,
dan isteri tidak blh keluar meninggalkan
rumah suami kecuali darurat.
↔Darurat ini bukan mengikut persepsi kita,
tapi mengikut apa yg ditetapkan oleh syarak.
Antara sebab yg dibenarkan utk
meninggalkan rumah suami adalah jika
keselamatannya terancam. Sebab2 seperti
ingin menziarahi kubur, atau menghadiri
majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yg
darurat.
↪Ibadah mesti mengikut cara yg diatur oleh
Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi,
kalau ingin suami yg meninggal mendpt
redha Allah Ta'ala, isteri tidak boleh keluar
drpd rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari.
Yg beri suami dan yg tak izinkan keluar ialah
Allah SWT, jadi kita kena patuhi arahan Allah
dan bukan dgr apa masyarakat kata.
■Ambil iktibar drpd kisah Ummu Salamah yg
pd asalnya ingin menunjukkan cara ratapan
luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi
setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan
menurut apa yg diajar Rasulullah ﷺ , dan
akhirnya diganjar Allah dgn dia akhirnya
diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu
baginda RasuluLlah ﷺ sendiri. Iktibarnya –
bilamana mendahulukan Allah, pasti ada
ganjaran tak kira sama ada akan diberikan
ketika di dunia ataupun disimpan utk akhirat.
■Isteri tidak perlu merasa bersalah dgn
anggapan masyarakat yg mungkin
mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya
ke kuburlah.” Dan isteri juga tak perlu rasa
bersalah dan membuat helah seperti isteri
ikut tapi duduk dlm kereta saja, atau duduk
jauh sikit drpd tmpt dikebumikan. Perasaan
bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan
hukum Allah, dan bukan hukum budaya
masyarakat. Jgn takut apa org cakap.
■ Pada zaman RasuluLlah ﷺ sudah ada
golongan wanita yg nak ikut ke kubur, lalu
Nabi ﷺ bertanya kpd mereka, “Kamu nak
pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu?
Jawab mereka, “Tidak.” Baginda RasuluLlah ﷺ
bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke
dlm kubur utk menguburkan jenazah?” Jawab
mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah ﷺ berkata,
“Kamu balik kamu dpt ganjaran, lebih baik
drpd kamu ikut dan kamu dapat dosa ”.
↔Ini bukan menunjukkan yg agama ini tiada
perasaan kpd kaum wanita. Hari ini org akan
mengatakan seorg isteri tak penuhi hak suami
jika isteri tak hantar jenazah ke kubur. Lama-
kelamaan org akan kata tak penuhi hak
suami jika tak semua ahli keluarga hadir di
kubur. Generasi akan datang pula akan kata
tak penuhi hak suami jika tak masuk dlm
kubur. Perubahan demi perubahan akan
berlaku jika ianya dicipta mengikut akal
fikiran manusia atau budaya tempatan yg
sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum
Allah, ia sama saja tak kira di mana berada –
Malaysia, Indonesia atau Yaman dll.
■Jika ada yg kata, “Eh awak tak penuhi hak
suami awaklah.
Jawab padanya, “Eh, ALlah yg suruh saya tak
ikut.” Oleh itu, pastikan apa yg kita buat itu
adalah sesuai mengikut apa yg ALlah Ta'ala
suruh.
■Jika ikut cakap org kita dpt dosa, tapi ikut
cakap Nabi ﷺ , yg tak pernah bercakap kecuali
ianya wahyu drpd ALlah Ta'ala, kita akan dpt
pahala. Maka, rugi jika seseorg itu ikut cakap
org !
Di akhirat nanti bukan kwn itu yg akan
membela kita di hadapan ALlah, bahkan dia
akan menjauh drpd kita.
■Jika isteri ingin melihat suami buat kali
terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah
pulang ke rumah seblm dikebumikan. Siapa
kata jenazah tak boleh dibawa pulang ke
rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di
masjid?
■Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa
saja – buat di rumah agar isteri tak perlu
keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih
baik, tapi kalau tak boleh, ba
wa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke
rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi
isteri buat di rumah saja.
■Isteri tak boleh keluar menunggu suami
dimandikan di masjid atau seumpamanya,
kerana iddah bermula setelah suami
meninggal.
■Perempuan, kalau nak pergi ke kubur,
pergi pada hari selain drpd hari
pengkembumian. Kecuali, jika satu Kg. itu
tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dlm
hal ini – perempuan yg bawa jenazah, yg gali
kubur, yg kebumikan, yg uruskan semuanya.
■Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur,
tapi risau berlaku perkara yg tidak sesuai dgn
syarak jika ikut bersama lelaki yg
menguruskan jenazah.
Kita pun lihat sendiri byk berlaku,
perempuan ahli keluarga duduk di hadapan
kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki.
Batasan antara lelaki dan perempuan tak lagi
diperhatikan. Tambahan pula kalau
perempuannya tidak menjaga cara berpakaian
yg sopan dan menurut syarak.
■Biarkan org lelaki siap menguruskan. Esok
pagi2, baru anak dan ahli keluarga pergi utk
bacakan Yasin ke… dan akan dpt baca dlm
keadaan tenang dan tak bercampur dgn
lelaki.
■Ambil iktibar drpd kisah anak perempuan
Nabi Syuaib, yg ketika ingin mengambil air
drpd perigi. Walaupun memerlukan, mereka
tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka
tunggu jauh drpd perigi sehingga lelaki
selesai, baru mereka akan ambil air. Sama
juga kalau nak ziarah kubur, tunggu org
lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.
■Terdpt byk perbahasan ulama dlm kes isteri
yg kematian suami dan perlu keluar bekerja,
kerana memang sukar mendapatkan cuti
selama 4 bulan 10 hari. Dlm keadaan darurat,
seseorg dibenarkan melakukan sesuatu yg
haram sekalipun. Dlm hal ini, kalau isteri
bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu
keperluan darurat atau tidak. Kalau dgn dia
tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dpt
dipenuhi, maka itu bukan darurat yg
membolehkan dia utk keluar bekerja. Tapi,
kalau dgn dia tak bekerja, dia tak blh makan,
atau anak2nya tiada yg menanggung, atau
keluarga suaminya tidak mampu
menanggungnya, walhasil, dia ada sebab yg
menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja,
tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil
kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri.
Jadi, dlm hal ini, dia boleh keluar bekerja
tetapi tetap tidak blh meninggalkan tuntutan
lain seperti berhias, dan melakukan hanya yg
diperlukan sahaja dan keluar dari rumah
pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah,
dan tidak pula singgah di tmpt2 yg tak
berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma utk
keperluan beli makanan dan minuman
sahaja.
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment