Setiap Hari Mempunyai Rahsia Dan Kelebihannya Tersendiri
Kerana HARI Itu Adalah Makhluk Allah سبحانه وتعالى.
" Diantara doa Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang Masyhur di dalam Hadith Sohih, Ya Allah jadikan sebaik baik umurku di akhirnya. Kenapa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berdoa dengan doa ini? Kerana Allah سبحانه وتعالى melihat amal amal kita pada akhir hayat kita. Jika baik akhirmu, maka baiklah amal sebelumnya inshaaAllah.
Yang penting bagaimana amal amal kita berlaku di hujungnya. Diantara sunnah sunnah Salafus Solehin رضي الله عنهم وأرضاهم mereka berkata, Tutuplah hari kamu dengan amalan yang baik. Maknanya sebelum tidur biarkan amalan yang terakhir dalam hari itu amal soleh.
Jangan tidur sebelum amal soleh. Moga dengan Barakah amalan itu Allah سبحانه وتعالى menjadikan semua amalan sebelumnya baik . Dari pagi sehingga malam macam macam yang kamu buat termasuklah maksiat, yang penting apa yang berlaku di akhirnya.
Ulama juga berkata, Tutuplah bulan kamu dengan amalan yang baik. Jadikanlah hujung bulan amal yang baik. Tutuplah hujung tahun dengan amal yang baik. Mudah mudahan amalan sebelumnya juga baik. Sebab Sunnatullahu سبحانه وتعالى , Yang pertama itu ikut apa yang akhirnya.
Jika baik akhirnya , InshaAllah baik juga sebelumnya. Sepertimana Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda dalam Hadith Sohih, Segala amalan dikira apa yang akhirnya.
Nabi صلى الله عليه وسلم juga pernah bersabda dalam Hadith Sohih, Setiap Hari berkata atas anak Adam, Wahai hamba Allah sesungguhnya aku Hari yang baru dan aku bersaksi atas apa yang kamu buat di dalam aku, maka kamu hendaklah mengambil peluang daripada aku, maka jika aku sudah pergi tidak akan kembali sehingga hari Akhirah.
Daripada Hadith ini, Ulama berkata, Setiap Hari mempunyai satu rahsia yang lain, kelebihannya, kemuliannya, hakikatnya, zahir dan batinnya juga lain. Para Ulama berkata, Kalau kita melakukan satu ibadah dalam satu hari, ia akan beristighfar dan berdoa untuk kita sehingga hari Akhirah.
Inilah Rahmat Allah سبحانه وتعالى , Allah Yang Maha Pemurah. Ulama berkata, Barangsiapa yang menutupkan harinya, bulannya, dan tahunnya dengan amalan yang baik, Allah سبحانه وتعالى akan tutup umurnya dengan Husnul Khotimah.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, Setiap hari Allah سبحانه وتعالى akan buka pintu pintu langit untuk orang yang berdoa , yang memohon apa apa sahaja daripada Allah سبحانه وتعالى dari tengah malam sehingga pagi.
Melainkan hari Jumaat. Hari Jumaat Allah سبحانه وتعالى membuka pintu pintu langit dari Maghrib sehingga asar Jumaat. Sebab ada satu saat diantara waktu itu Allah سبحانه وتعالى Qobulkan doa hambanya. Imarahkan doa kamu dari Maghrib sehingga Asar hari Jumaat. Kenapa Allah سبحانه وتعالى merahsiakan waktu qobulnya doa?
Kerana Allah سبحانه وتعالى nak kita Imarahkan hari Jumaat dengan doa. Sehingga ada seorang Soleh berkata, Kalau saya ada hajat atau masalah atau musibah, saya akan tunggu hari Jumaat tiba . Sahabatnya, Untuk apa? Saya bermujahadah dan saya berusaha sungguh sungguh nak berdoa dari maghrib sehingga asar Jumaat supaya Allah سبحانه وتعالى menyelesaikan masalah saya kerana hari Jumaat adalah satu Hadiah Yang Besar daripada Allah سبحانه وتعالى untuk semua Umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم .
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, ('ala niyyatikum turzaqun) atas niat kamu, Allah beri rezeqi kepada kamu. Dengan niat kamu Allah سبحانه وتعالى beri rezeqi. Niat yang banyak, niat yang besar, maka besarlah rezeqi kamu."
- Murobbi Ad Da'ie IlaAllah Al Fadhil Al Ustaz Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى
No comments:
Post a Comment