Tuesday, February 2, 2016

IBLIS DAN SYETAN


Iblis ialah nama bagi makhluk yang berasal daripada jin yang diciptakan daripada api dan dia bukanlah dari kalangan malaikat yang diciptakan daripada cahaya.

Nama Iblis ialah sebelum dirinya ingkar untuk bersujud kepada Nabi Adam seperti yang diperintahkan oleh Allah kepada para Malaikat dan Iblis.

فَسَجَدَ الْمَلَائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ

إِلَّا إِبْلِيسَ اسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

"Setelah selesai kejadian (Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali melainkan Iblis; ia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah ia dari golongan yang kafir." (Surah AsSod: 73-74)

Tetapi setelah dia ingkar daripada melaksanakan suruhan Allah, dia diberikan sifat yang sesuai dengan keingkarannya iaitu Allah menyifatkannya sebagai 'syaitan'.

فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya. (Al Baqarah : 36)

**

Perkataan شيطان dalam bahasa Arab berasal daripada perkataan شطن yang membawa maksud 'kejauhan'.

Disifatkan Iblis dengan sifat syaitan ini kerana dirinya teramat jauh daripada rahmat dan kemuliaan Allah. Juga kerana layak untuk dirinya dibakar di dalam api neraka kerana kekufurannya.

Maka Iblis ialah nama manakala Syaitan ialah sifat.

Sumber:-

Qasas Qurani, Sheikh Dr Solah Al Khalidi, Muka surat 112

No comments:

Post a Comment