Tuesday, December 8, 2015
BUTA SELAIN ALLAH
Dalam Tauhid tiada Jibrail dan tiada Rasul.
Tauhid adalah menafikan segala sesuatu selain Allah.
Selagi ada sebesar zarah wujudmu dan alam ini, maka tiada sah Tauhidmu.
Hakikat Tauhid itu adalah hanya Wujud Allah Yg Maha Tunggal.
Para ArifBillah tubuhnya berselimut dengan sunnah Nabi S.A.W dan rohnya mentauhidkan Allah.
Mereka itu tidak pernah menanggalkan pakaian Muhammad S.A.W, tetapi mereka mengfanakan hidup mereka dan kekal dengan Allah.
Tauhid adalah pengosongan iaitu Al-Tajrid.
Firman Allah:"Jangan engkau sekutukan AKU dengan sesuatu, barangsiapa yg ingin bertemu denganKU hendak ia berbuat amal soleh dan janganlah sekutuKU dengan sesuatu pun".
BUTA SELAIN ALLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment