Tuesday, December 8, 2015

7 Kemulian Bermajlis




Barang siapa duduk dalam majlis ilmu bersama seorang yang berilmu, tetapi tidak mampu menghapal sedikitpun ilmu yang
disampaikan disana, maka dia telah mendapatkan tujuh kemuliaan :

1. Dia mendapatkan pahala yang disediakan bagi penuntut ilmu.
2. Selama duduk dalam majlis itu, dia terhindar dari perbuatan dosa.
3. Rahmat Allah swt menghampirinya ketika dia keluar dari rumah menuju majlis itu.
4. ketika orang-orang yang berada dalam majlis ilmu tersebut memperoleh rahmat, maka dia juga akan memperoleh sebahagian
darinya.
5. Selama dia mendengarkan kajian di majlis itu, dia tercatat sebagai seorang yang sedang beribadah kepada Allah swt.
6. ketika dia sedih kerana kurang mampu memahami kajian yang disampaikan, maka kesedihannya itu menjadi sarana untuk
mendekatkan diri kepada Allah swt.
7. Di majlis itu dia akan melihat kemuliaan seseorang yang berilmu dan kehinaan seorang pendurhaka. Akhirnya dia akan
menyukai ilmu dan membenci perbuatan fasik.

* Rasulullah saw bersabda, “Menghadiri majlis ilmu lebih utama daripada solat seribu rakaat, menjenguk seribu orang sakit, dan
mengiring seribu jenazah” (Imam al-Ghazali)

Al-Hasan ra berkata, “Kelak tinta orang yang berilmu akan ditimbang dengan darah orang yang mati syahid. Ternyata, tinta orang
yang berilmu mengungguli darah syuhada” (Imam al-Ghazali)

Rasulullah saw bersabda, "bahwa orang yg berjalan menuntut ilmu, kelak Allah akan memudahkan jalannya menuju syurga" (HR.
Muslim : 2699)

No comments:

Post a Comment