Tuesday, January 26, 2016

HALALAN THOYYIBA


Hukum THOHARAH dalam masakan.

Membersihkan bahan2 masakan dgn 3 kali basuhan. Basuhan yg terakhir ialah dgn AIR LALU (air mutlak) sptmana membasuh pakaian. Tak sah basuh baju utk buat solat dgn 2 kali basuhan. Sbb pertama2 dlm ibadat adalah THOHARAH dan WAJIB tahu hukum2nya.

Boleh basuk ikan atau sayur2 dgn 2 kali basuhan tetapi tidak ikut syarak. Apa2 pun jenis basuhan atau cucian mesti ikut syarak.

Apa hukum pula kalau basuh cili 1 kali atau 2 kali shj sbb nak jimat air? Masih boleh makan dan x salah tp tak sempurna syarak. Menggelapkan hati org yg makan dan org yg mendapat wang jualan sambal tu.

Bagaimana pula kalau selepas basuhan yg ketiga itu tukang masak sambal masih memegang bahan2 itu dgn tangannya?

1. Kalau dia sdg berwudhu tak de masalah krn masih suci dan inilah yg paling "aula" sekali.

2. Kalau dia x de wudhu ttp terus memegang bahan2 tersebut ..... masih tidak salah dan tidak berdosa ttp tak sempurna syarak; sah masakan tersebut cuma dari sudut Ilmu Tasauf mencemarkan kesucian masakan tersebut kerana tidak menjaga basuhan atau masakan ketika thoharahnya.

3. Kalau x solat sbb kedatangan HAID perlu lebih berhati2 dan jangan bagi AIR TANGAN mercik masuk ke dalam masakan ketika masak sambal sbb menanggung HADAS. Customers bayar duit nak makan makanan yg terbaik, awak bagi makan air tangan berhadas pulak!

4. Kalau tukang masak x SOLAT langsung lebih buruk lagi kesan masakan SAMBALNYA kerana pasti menggelapkan hati customernya yg makan hasil masakan sambalnya kerana "pasiq" (sbb tinggal solat itu berdosa dan lebih berat lagi dari menanggung hadas kecil dan hadas besar).

Maknanya setiap yg ingin membuat masakan jualan KENA INGAT satu perkara iaitu HUKUM (perintah). HUKUM tetap berjalan walau dalam bidang apa pun yg kita buat. Selagi kita hidup atas muka bumi dan bernyawa selagi itulah kita tertakluk di bawah hukum2 dan perintah Allah swt.

Ada 5 AHKAM nak kena faham dan tahu serta dipraktikkan iaitu hukum WAJIB, SUNAT, HARUS,  MAKRUH & HARAM. Tanpa dan dengan tidak memahami hukum2 ini jadilah sia2 pekerjaan itu walaupun masak sambal sesedap manapun sbb ILMU itu perlu didahulukan kerana sabda Nabi saw "beramal tanpa iLMU itu mardud (batal)".

Jadi masakan dan hasil jualan masakan yg utk mendapatkan status halalan thoyyiba dan BAROKAH disisi Allah haruslah dgn mengetahui, memahami serta mengamalkan hukum2 Allah yakni perintah Allah azzawajalla.

JADI ADA 3 CARA ORG  MEMASAK:
1. ORG JAHIL (HUKUM)
2. ORG YG BERFIQAH SAHAJA.
3. ORG YG FIQAH LAGI BERTASAUF.

Kalau masakan ikut jalan FIQAH saja pun mesti sempurna THOHARAHNYA apa lagi jika mengambil adab2 TASAUF ketika memasak....menambahkan pahala dan kesan makanan halalan thoyyiba itu kpd CUSTOMER; akan menambahkan kebaikan dan amal customer krn kehalalan masakan tersebut. SIAPA YG BERUNTUNG?

Makanan HALALAN THOYYIBA akan:
1.  Menumbuhkan darah daging yg halal;

2. Akan menggerakkan lidah utk sentiasa berzikir kpd Allah (kurang bercakap bila.dah berzikir);

3. Akan menggerakkan jasad utk sentiasa solat dan beribadat kpd Allah;

4. Akan menaikkan semangat utk berjihad di jalan Allah;

5. Suka dlm melakukan amal kebaikan dan rasa seronok (zuq) dan asyik sbb sentiasa dpt bersama dgn Allah dan mengingatiNya.

6. MELAHIRKAN LEBIH RAMAI INSAN2 YG HEBAT KRN MEMILIH MAKANAN HALALAN THOYYIBA BUATAN ANDA.

......maknanya menaikkan kualiti dan kuanti ibadah kpd Allah krn KEHALALANNYA.

Makanan SYUBHAT (yg tidak jelas halalnya dan cara pembuatannya) & HARAM:

1. Akan mengganggu lidah utk berzikir kpd Allah sebaliknya suka buat maksiat .....mengumpat, mengadu domba, bersembang kosong tanpa pahala;

2. Menghalang jasad utk bersolat dan sangat rasa malas bersolat terutama solat2 nawafil atau sunat.

3. Tak de niat berjihad melainkan utk cari DUIT LEBIH shj.

4. Gemar kpd menghabiskan masa dgn benda2 yg tak berfaedah dan amal2 kosong tanpa PAHALA
di sisi Allah.

5. Langkahan2 kaki sentiasa tersasar dari tempat kebaikan kpd tempat2 tanpa pahala.

6. Menghalang dan x SUKA ke tmpt2 kebajikan; tak de rasa suka.....dok ingat nak gi GIANT saja.....dunia....dunia........


Justeru,  pahamilah HALALAN THOYYIBA itu kerana ia amat besar paedahnya kpd manusia krn ia perintah Allah.

Wallahuaklam

No comments:

Post a Comment