Tuesday, March 1, 2016
Apabila Malaikat Harut Dan Marut Diberikan Sifat Manusia Dan Ditarik Sifat Malaikatnya
" Daripada Tafsir Ibnu Kathir, Riwayat Sohih, Riwayat Al Imam Ahmad bahawasanya, setelah Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepada Malaikat Nya, Sesungguhnya Aku menciptakan manusia di atas muka bumi ini sebagai Khalifah. Malaikat berkata, Ya Allah kenapa nak menciptakan satu lagi makhluk sedangkan kami sentiasa Bertahmid dan Bertasbih kepada Mu, tidak perlu Ya Allah, adakah kau nak menciptakan seorang yang boleh merosakkan bumi dunia?
Firman Allah سبحانه وتعالى, Sesungguhnya aku tau apa yang kamu tidak tau. Kata Malaikat, Ya Allah tidak perlu menciptakan sesiapa, kita sudah sentiasa beribadah kepada kau, ambillah pengajaran daripada apa yang sudah berlaku. Malaikat Allah nak menegur Allah kerana sebelum ini Jin sudah merosakkan bumi.
Kemudian Allah سبحانه وتعالى Berfirman, Sesungguhnya Aku tau apa yang kamu tidak tahu. Tidak perlu Ya Allah. Lalu Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepada Malaikat Nya, Pilih lah dua daripada kalangan kamu semua, berikan dua malaikat kepada Aku. Kemudian mereka memilih Malaikat Harut dan Marut.
Setelah itu Allah سبحانه وتعالى mengambil daripada Harut dan Marut sifat Malaikatnya dan memberikan kepada mereka dan menciptakan di dalam diri mereka sifat manusia. Kemudian Allah سبحانه وتعالى Perintahkan mereka untuk turun ke bumi. Lalu Allah سبحانه وتعالى menguji mereka dengan satu ujian yang sangat berat .
Ujian mereka Harut dan Marut sangat berat apabila Allah سبحانه وتعالى menjadikan Zuhro yakni satu bintang dari langit itu kepada makhluk yang cantik, perempuan yang sangat cantik. Kemudian Zuhro ini bertemu dengan Harut dan Marut. Sifat Malaikat yang ada pada mereka berdua sudah ditarik Allah سبحانه وتعالى .
Apabila mereka melihat Zuhro ini, mereka mahukan dirinya kerana sangat cantik. Kemudian Zuhro itu berkata, Tidak boleh, sehingga kamu melakukan satu perkara. Apakah perkara itu ? Syiriklah kepada Allah سبحانه وتعالى , buatlah satu perkara yang menjadikan kamu musyrik kepada Allah سبحانه وتعالى. Mereka kata, tidak boleh. Zuhro pun pergi tinggalkan mereka.
Kemudian esoknya mereka bertemu lagi, tapi kali ini Zuhro membawa bayi bersamanya. kecantikan Zuhro MashaAllah sehingga mereka minta perkara yang sama daripada Zuhro. Bila sifat Malaikat sudah takda, maka syahwat dan nafsulah yang ada di dalam diri mereka. Zuhro pun berkata, Saya tidak akan beri apa yang kamu minta sehingga kamu buat apa yang saya minta. Nak kami buat apa? Bunuhlah bayi ini. Mereka pun kata, tidak boleh, barangsiapa yang bunuh seseorang seakan-akan dia membunuh semua manusia,haram. Zuhro pun pergi.
Kali ketiga, esoknya mereka bertemu lagi. Harut dan Marut masih meminta perkara yang sama daripada Zuhro. Zuhro pun berkata, tidak boleh sehingga kamu berdua minum khamar (arak) ini. Mereka pun berkata, ini tidak ada masalah, kita boleh minum khamar ini kemudian bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى.
Setelah mereka minum, Allah سبحانه وتعالى berikan kepada mereka dua pilihan yakni mahu Azab Dunia atau Azab di Akhirat. Mereka pilih Azab Dunia. Maka Allah سبحانه وتعالى kekalkan mereka dengan sifat manusia dan kekalkan mereka di atas muka bumi ini sehingga hari Akhirah.
Ada seorang bertanya, bagaimana mereka boleh jadi seperti ini, sedangkan mereka ini Malaikat Allah, yang dijaga oleh Allah? Al Imam Ibnu Hajar berkata, inilah Kuasa Allah سبحانه وتعالى .
Allah سبحانه وتعالى nak menerangkan bagaimana keadaan seseorang kalau dia berada di atas muka bumi dunia ini dan bagaimana keadaan seseorang itu yang tidak ikut apa yang Allah suruh dan tidak tahan dengan ujian daripada Allah سبحانه وتعالى. Inilah ujian buat Harut dan Marut yang akan kekal di atas bumi sehingga hari Akhirah. Mereka berada di Babil, satu tempat yang tidak ada sesiapa boleh berjumpa dengan mereka."
- Murobbi Ad Da'ie IlaAllah Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment